2024-10-22 HaiPress

Tangkap layar video memaparkan suasana kecoh yang berlaku di perkarangan parkir di daerah Kota Setar,pada Ahad
ALOR SETAR,22 Oktober – Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pertengkaran melibatkan orang awam dengan seorang individu yang dipercayai pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah,yang tular di media sosial,Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar,Penolong Pesuruhjaya Polis,ACP Siti Nor Salawati Saad memaklumkan individu tersebut telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada Isnin.
“Rakaman video tular menunjukkan beberapa individu terlibat dalam pertengkaran mulut dengan seorang lelaki yang duduk di tempat pemandu kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 11.50 malam Ahad lalu di daerah Kota Setar.
Kes pertama disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan,manakala kes kedua di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh merumitkan keadaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur