2024-10-22 HaiPress

FOTO RTM
BESERI,22 Oktober - Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) terus memanfaatkan komuniti setempat menerusi pelaksanaan program peningkatan sosioekonomi melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP),di Perlis.
Ini termasuk JPKKP Taman Angsana,di sini yang memperolehi dana berjumlah RM56,000 bagi menggerakkan projek penghasilan produk berasaskan kekabu asli dan jahitan bersama-sama komuniti setempat.
Menurut Pengerusi JPKKP Taman Angsana Ibrahim Ismail,projek diusahakan melibatkan penghasilan tiga produk berasaskan kekabu iaitu bantal kekabu dewasa dan bayi serta tilam bayi,manakala tiga produk jahitan melibatkan penghasilan sarung kusyen,pelapik meja dan jahitan pakaian yang mampu menjana pendapatan hingga RM10,000 sebulan kepada komuniti.
Selain itu,dengan perolehan sebanyak tujuh mesin jahit,tenaga kerja dalam kalangan anak muda Taman Angsana mampu memperoleh pendapatan bulanan hingga RM1,500 setiap seorang walaupun hanya bekerja secara sambilan.
Pemasaran produk ketika ini dilaksanakan secara dalam talian menerusi aplikasi Facebook dan TikTok yang dilihat lebih meluas.
"SejaTi MADANI ini bagus kerana dia menuju kepada sasaran kepada akar umbi. Selama ini kita tidak dapat,sekarang ini semua cawangannya ada. Ia boleh diberi kepada akar umbi terus.
"Dan keuntungan setiap keuntungan ini kita akan bagi kepada penduduk taman. Sasaran kita 30 peratus keuntungan kita akan serah kepada taman dan kita akan bahagi-bahagikan mengikut kategori," kata Ibrahim Ismail.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika tinjauan RTM ke Projek Penghasilan Produk Kekabu Asli dan Jahitan di Taman Angsana,Beseri bawah Inisiatif SejaTi MADANI.
Hingga kini,sebanyak 90 JPKKP seluruh Perlis daripada keseluruhan 385 JPKKP telah memperolehi dana SejaTI MADANI bagi melaksanakan 90 program peningkatan sosioekonomi bersama-sama komuniti.
Manakala baki 295 JPKKP lagi sedang dalam proses penilaian dan kelulusan peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan projek sosioekonomi yang dirancang.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur