2024-10-22 HaiPress

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Pahang bermula hari ini / Foto RTM
KUANTAN,22 Oktober- Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Pahang,Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bermula hari ini dengan Istiadat Meletak Kerja di pekarangan Istana Abdulaziz,Kuantan.
Pada istiadat tersebut,Tengku Panglima Raja,Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah membaca Watikah Pengisytiharan Istiadat Meletak Kerja.
Serentak dengan itu,sebanyak 16 das tembakan meriam dilepaskan.
Selesai membaca watikah,Tengku Amir menyempurnakan upacara menaikkan Bendera Istiadat Meletak Kerja.
Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang,Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim bagi menyempurnakan Istiadat Meletak Kerja.
Turut mengiringi Tengku Amir ialah Tengku Panglima Perang,Leftenan Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Arif Temenggong,Tengku Fahd Mu’adzam Shah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur