2024-10-22 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,22 Oktober - Sebanyak RM124.73 juta telah disalurkan bagi penyelenggaraan kecil tandas di Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) sejak Otoberlalu.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh memaklumkan baki peruntukan tersebut telah digunakan untuk penyelenggaran kecil lain di SBK.
"Pada tahun 2024 Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas kepada 310 buah SK bawah JPN Sarawak yang tidak sempat disiapkan pada tahun lepas.
"Selain itu,pada tahun ini (2024) KPM telah menyediakan peruntukan khas bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil kepada SBK yang berfokuskan kepada fasiliti tandas berjumlah RM134.33 juta," kata Wong Kah Woh.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Karang,Kapten Datuk Dr Zulkafperi Hanpi,di Dewan Rakyat.
Tambahnya,KPM sentiasa memastikan peruntukan penyelenggaraan diagihkan dengan adil dan sewajarnya kepada semua jenis sekolah bawah KPM.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur