2024-10-22 HaiPress

Bekas Menteri Petroleum Venezuela,Pedro Tellechea/Foto REUTERS
Caracas,22 Oktober-Venezuela pada Isnin mengumumkan penahanan bekas menteri minyak,Pedro Tellechea,yang dituduh mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang dikawal oleh perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat (AS).
Tellechea,yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Petroleum dan ketua syarikat minyak negara PDVSA sehingga Ogos lalu,ditahan pada Ahad bersama beberapa "rakan rapatnya," menurut kenyataan Peguam Negara,Tarek William Saab.
Mereka didakwa atas beberapa jenayah termasuk "menyerahkan" sistem kawalan automatik PDVSA kepada sebuah syarikat yang dikendalikan oleh perisikan AS,tanpa menamakan syarikat itu atau individu lain yang ditahan.
Penyerahan sistem kawalan PDVSA kepada syarikat tersebut didakwa melanggar "kedaulatan negara,menurut kenyataan itu.
Skandal terbaru ini menggegarkan industri minyak Venezuela yang sudah lama bermasalah,hanya tiga bulan selepas Presiden Nicolas Maduro memenangi pilihan raya semula yang dipertikaikan.
Pada Isnin,Maduro menyatakan kerajaannya akan terus memerangi "rasuah dan pengkhianat," sambil memberi amaran tentang "konspirasi" AS,tanpa merujuk secara langsung kepada Tellechea.
"Setiap hari mereka (kerajaan AS) merancang untuk melihat di mana mereka boleh masuk,dan mencipta keretakan," kata Maduro dalam program televisyen mingguannya.
Maduro melantik Tellechea,seorang kolonel tentera,sebagai menteri minyak pada Mac 2023 selepas pendahulunya,Tareck El Aissami,meletakkan jawatan berikutan operasi membanteras rasuah.
El Aissami,bekas sekutu Maduro dan bekas presiden Hugo Chavez kemudiannya ditahan bersama puluhan individu lain sebagai sebahagian daripada siasatan penipuan mata wang kripto bernilai jutaan dolar di PDVSA.
Tellechea,seorang jurutera mekanikal berusia 48 tahun,berikrar untuk "membersihkan" sektor minyak selepas dilantik,namun meletakkan jawatan pada Ogos untuk menjadi menteri industri.
Pada Jumaat,Maduro menggantikan Tellechea dengan sekutunya,Alex Saab,seorang ahli perniagaan Colombia yang dibebaskan oleh Amerika Syarikat pada Disember dalam pertukaran tahanan.
Tellechea sebelum ini menyatakan di media sosial bahawa beliau meletak jawatan sebagai menteri industri kerana "masalah kesihatan.-AFP
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur