2024-10-22 HaiPress

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,22 Oktober – Program Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan sedang diperhebat dengan matlamat memperkukuhkan pengurusan air di seluruh negara.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata cadangan penambahbaikan program tersebut telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada Julai lalu,dengan peruntukan sebanyak RM2.52 bilion.
"Program ini dibahagikan kepada dua pendekatan utama. Pendekatan pertama melibatkan penggantian paip kritikal di seluruh negara serta penyelesaian NRW secara holistik di enam negeri iaitu Pahang,Kelantan,Perlis,Sabah,Sarawak,dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Pendekatan kedua pula merangkumi negeri-negeri lain seperti Selangor,Johor,Negeri Sembilan,Melaka,Terengganu,Perak,Pulau Pinang dan Kedah,dengan pelaksanaan kadar imbuhan balik secara prorata bagi menggalakkan penyertaan operator air," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krai,Abdul Latif Abdul Rahman,di Dewan Rakyat,di sini.
Tambah Akmal program tersebut akan dilaksanakan bermula tahun hadapan sehingga 2030 melalui pembiayaan geran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur