2024-10-22 HaiPress

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR,22 Oktober - Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengibaratkan peruntukan RM64.1 bilion ringgit diterima Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Belanjawan 2025 adalah bersifat inklusif.
Bercakap kepada pemberita RTM,Fadhlina menegaskan,peruntukan diterima KPM merangkumi semua segmen keperluan pendidikan.
"Ini menunjukkan bahawa KPM dan soal pendidikan ini ialah perkara yang paling asas dalam negara. Jadi komitmen Kerajaan Madani melihat kepada peruntukan belanjawan yang besar itu antara lain adalah disifatkan untuk memberikan tumpuan kepada soal yang berkaitan dengan kualiti dan mutu pendidikan. Bajet ini sifatnya insklusif,jadi semua segmen anak-anak kita mendapat tumpuan," katanya.
Beberapa inisiatif digariskan di dalam Belanjawan 2025 untuk KPM juga menyentuh keperluan kanak-kanak kelainan upaya dalam sektor pendidikan.
Fadhlina menekankan,pembinaan 11 Pusat PERMATA Kurnia khusus untuk kanak-kanak autistik melihat kepada keperluan golongan tersebut.
"Pastinya apabila disebut tentang 11 Pusat PERMATA khusus untuk kanak-kanak autistik,dan dua buah sekolah khas di Johor dan Sabah,adalah bagi memastikan bahawa tiada siapa yang terpinggir,melihat dalam aspek keperluan golongan tersebut.
"Pada masa hadapan,kita melihat dengan adanya 11 buah Pusat PERMATA Kurnia ini,dan dua PERMATA Integrasi ini,ia adalah peningkatan kepada kualiti pendidikan itu sendiri,dalam mengangkat keperluan pendidikan anak-anak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak autistik," katanya.
Menyentuh soal pembinaan 44 buah sekolah baharu beliau berkata,ia meneruskan tradisi KPM untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif.
"Sekolah baharu,sekolah yang kondusif untuk memastikan isu-isu kepadatan dan suasana yang selesa untuk belajar," katanya.
Dalam pada itu,penerimaan peruntukan bagi menyediakan sebanyak 17 jenis bantuan diharap dapat menangani isu-su besar dihadapi KPM.
"17 jenis bantuan akan diteruskan bagi manfaat murid. Ini termasuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP),Rancangan Makanan Tambahan (RMT),Bantuan Makanan Asrama (BMA),Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),Peruntukan Khas Bantuan Persekolahan Sekolah Pedalaman,Bantuan Geran Per Kapita (PCG) dan elaun sara hidup siswa guru.
"Apa yang lebih menggembirakan adalah kebanyakan bantuan telah meningkat daripada segi peruntukannya berbanding tahun ini. Ini termasuk peruntukan untuk RMT yang meningkat kepada RM870 juta berbanding RM784 juta,BAP RM800 juta berbanding RM788 juta dan KWAPM RM180 juta berbanding RM150 juta.
Justeru,jelasnya ke semua segmen anak-anak disantuni dengan sangat baik dalam peruntukan belanjawan kali ini. Beliau berharap langkah tersebut dapat menangani isu-isu besar termasuk isu keciciran menerusi bantuan tersebut.
"Begitu juga Bantuan Geran Per Kapita (PCG),serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) misalnya,adalah antara tumpuan yang paling signifikan ketika negara ini bercakap tentang keperluan negara menuju kepada TVET dan PCG ini,yang tidak pernah ditambah baik berbelas tahun yang lalu,telah diambil perhatian di dalam belanjawan kali ini. Begitu juga dengan elaun guru-guru,siswa guru kita di peringkat IPG juga ditambah," kata beliau.
Terdahulu menerusi program Selamat Pagi Malaysia di TV1,peruntukan diterima KPM kali ini mengangkat martabat segmen murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menerusi pelbagai inisiatif penting.
Menyentuh soal kualiti pendidikan beliau memberitahu,ia melibatkan satu proses yang panjang dan teliti bagi memastikan belanjawan ini diadun dengan prinsip MADANI atau keterangkuman tanpa meminggirkan mana-mana segmen rakyat.
"Sesi libat urus dilaksanakan bersama-sama Kementerian Kewangan (MOF) dan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan belanjawan ini dapat memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Kerjasama erat merentas kementerian,agensi serta semua pihak berkepentingan adalah amat penting dalam memastikan agenda Reformasi Pendidikan berjaya," katanya dalam program tersebut.
"Hasil perancangan teliti yang telah dijalankan,KPM mendapat peruntukan bagi hampir kesemua perkara yang diperlukan. Ia inklusif,menyentuh semua segmen pendidikan dan berdasarkan kepada keperluan (need-based)," katanya.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan atas peruntukan diberikan kepada KPM.
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM64.1 bilion iaitu tertinggi dalam sejarah diterima KPM,pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen,pada Jumaat.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur