2024-10-22 HaiPress

Empangan Bukit Merah / Foto Bernama
IPOH,22 Oktober – Pelepasan air secara terkawal akan dilaksanakan di semua empangan dan loji rawatan air di Perak dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi taburan hujan yang lebih tinggi semasa fasa peralihan monsun dan musim tengkujuh.
Exco Infrastruktur,Tenaga,Air dan Pengangkutan Awam Negeri,Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pelepasan itu akan dilakukan di empat empangan Tenaga Nasional Berhad (TNB),dua empangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),serta tujuh loji rawatan air Lembaga Air Perak (LAP).
Katanya,proses pelepasan akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Malaysia Dam Safety Management Guidelines (MyDAMS) dan International Commission on Large Dam (ICOLD).
“Kita perlu ingat,TNB mengawal takungan air seluas 240 kilometer persegi di seluruh Hilir Perak,iaitu satu per tiga bahagian kawasan Hilir Perak. Pelepasan air akan dikawal dengan lebih rapi untuk memastikan keselamatan,” katanya pada sidang media di sini,hari ini.
Tambah Mohamad Nizar,pengurusan air yang cekap dan terkawal mampu mengurangkan risiko banjir di hiliran sungai dan mengelakkan bencana yang lebih besar.
Sementara itu,Ketua Pengurusan Aset Hijau TNB Power Generations Sdn Bhd,Mohd Zaini Jaafar berkata langkah pelepasan awal itu penting untuk memastikan empangan dapat menampung aliran air yang meningkat menjelang musim tengkujuh pada bulan Disember.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur