2024-10-22 HaiPress

FOTO FAIL
SHAH ALAM,22 Oktober - Semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) ditutup sementara,bermula 15 November hingga akhir Januari 2025.
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad berkata penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini kepada pengunjung susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan depan.
"JPNS akan menutup sementara semua aktiviti rekreasi di dalam hutan simpanan kekal di Selangor hingga 31 Jan 2025 bagi menghadapi musim MTL," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JPNS.
Antara Taman Eko Rimba di Selangor ialah Rimba Gabai,Gunung Nuang,Rimba Kanching,Sungai Chongkak,Sungai Sendat,Sungai Tekala,Sungai Tua,Ampang,Komanwel,Kota Damansara dan Templer.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur