2024-10-22 HaiPress

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,22 Oktober – Penubuhan Portal Anti-Penipuan Kebangsaan (NFP) sejak April lalu berjaya mengurangkan tempoh menjejak dana yang dicuri sebanyak 75 peratus,iaitu daripada beberapa jam kepada hanya 30 minit.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata melalui portal tersebut,jumlah dana yang dibekukan juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 28 peratus.
“Operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) kini dilengkapi dengan automasi menyeluruh untuk menguruskan laporan penipuan,mengesahkan dan menjejak dana yang dicuri,serta berkongsi amaran awal antara institusi kewangan bagi membolehkan tindak balas pantas diambil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,hari ini.
Tambah Hui Ying,setakat ini keupayaan institusi kewangan untuk mengenal pasti akaun keldai turut meningkat sebanyak 14 peratus.
Selain itu,terdapat penurunan dalam kes penipuan phishing dan malware yang dilaporkan kepada NSRC sejak penubuhan portal tersebut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur