2024-10-22 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,22 Oktober - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memulakan rundingan awam mengenai draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial (Penyedia Perkhidmatan).
Ia susulan pengenalan kerangka pelesenan untuk perkhidmatan pesanan internet dan perkhidmatan media sosial yang diwartakan pada 1 Ogos 2024 lalu dan bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan.
MCMC dalam kenyataan berkata,tujuannya bagi mendapatkan input dan maklum balas daripada penyedia perkhidmatan,orang awam,pemain industri dan pihak berkepentingan yang relevan.
"Selain,mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat untuk rakyat Malaysia,khusus kepada kanak-kanak dan golongan rentan yang berisiko tinggi.
"Ia menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan yang dilesenkan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," menurut kenyataan itu.
MCMC juga menggalakkan penyertaan daripada Penyedia Perkhidmatan,orang awam dan pihak berkepentingan yang berminat dalam proses rundingan awam yang akan bermula dari 22 Oktober 2024 hingga 5 November 2024.
Ini penting dalam menyumbang kepada dasar-dasar yang akan membentuk masa depan persekitaran dalam talian di Malaysia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur