2024-10-22 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Oktober-Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti model pembiayaan baharu Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang lebih efisien dan mampan.
Ia dilaksana melalui PTPTN dan Unit Pantau MADANI.
Timbalan Menterinya,Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan ketika ini model pinjaman PTPTN bergantung kepada prestasi bayaran balik sebagai sumber utama dana pusingan dalam memastikan kelestarian pembiayaan untuk manfaat peminjam pada masa akan datang.
"Sebarang keperluan atau kekurangan dana bagi tujuan pembiayaan PTPTN akan ditampung melalui pinjaman daripada institusi kewangan tempatan atau pengeluaran sukuk dengan jaminan kerajaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Jempol,Datuk Shamshulkahar Mohd Deli,yang ingin mengetahui inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Tambahnya,PTPTN telah memberhentikan tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam ingkar,termasuk sekatan perjalanan sejak Jun 2018.
Namun,PTPTN terus mengingatkan peminjam mengenai tunggakan serta tanggungjawab mereka untuk membuat bayaran balik.
PTPTN juga menyediakan insentif seperti penstrukturan dan penjadualan bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing bagi menggalakkan peminjam melunaskan pinjaman mereka.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur