2024-10-22 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,22 Oktober - Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa berikutan sentimen berhati-hati pada prospek ekonomi semasa menyaksikan beberapa pelabur beralih kepada aset selamat,kata seorang ahli ekonomi.
Pada 8.10 pagi,mata wang tempatan ialah pada 4.3045/3200 berbanding dolar US daripada 4.3045/3100 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar US mengukuh apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengambil pendekatan secara beransur-ansur dalam melonggarkan dasar monetari.
“Presiden Federal Reserve Bank of Minneapolis,Neel Kashkari berpendapat penurunan kadar faedah mungkin akan diteruskan pada kadar lebih perlahan pada suku akan datang apabila Fed bergerak ke arah kadar neutral. Sementara itu,ketegangan yang berterusan di Timur Tengah telah menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat.
"Akibatnya,Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada paras tertinggi 104.012 mata,menunjukkan permintaan kukuh untuk dolar US," katanya kepada Bernama.
Walaupun jangkaan ringgit diniagakan tidak berubah dalam persekitaran permintaan semasa bagi dolar US,beliau berkata prospek pertumbuhan positif Malaysia,ditambah dengan komitmennya terhadap penyatuan fiskal,memberikan kes kukuh bagi ringgit yang lebih kukuh pada masa depan.
“Unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga yang mencapai 5.3 peratus,menunjukkan negara dijangka mencatatkan pertumbuhan kukuh tahun ini dan seterusnya berpotensi merekodkan pertumbuhan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu,ringgit lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8579/8685 daripada 2.8685/8724 pada Isnin dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5890/6091 daripada 5.6040/6112.
Ia juga menokok berbanding euro kepada 4.6553/6721 daripada 4.6687/6746 ketika ditutup pada Isnin.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8397/12.8948 daripada 12.8719/8945 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2692/2814 daripada 3.2776/2821 manakala ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 277.6/278.7 berbanding 277.6/278.1 sebelumnya serta tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.51 berbanding 7.48/7.49 ketika ditutup pada Isnin. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur