2024-10-22 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,22 Oktober – Penggabungan tiga bank yang memfokuskan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan diteruskan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penggabungan tersebut melibatkan Bank Pembangunan Malaysia Bhd,Exim Bank dan SME Bank.
“Penggabungan tiga bank ini sedang dalam proses. Fokus kepada PKS tidak akan diketepikan. Bank Negara akan memastikan bahawa syarat-syarat yang melibatkan pinjaman untuk PKS dan bumiputera tetap menjadi keutamaan dalam dasar penggabungan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu,Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,hari ini.
Sebelum ini,Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan bahawa institusi kewangan pembangunan akan disusun semula melalui penggabungan ketiga-tiga bank tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur