2024-10-23 HaiPress

Foto YTSP Perlis
KANGAR,23 Oktober - Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pelajar membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2024 yang bakal bermula awal Disember ini.
Selain itu,pelajar turut diingatkan agar tidak terburu-buru atau gopoh dalam menjawab soalan,baca kehendak soalan dengan betul dan membahagikan masa menjawab soalan dengan baik.
Demikian titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Orientasi Pembelajaran Cemerlang Untuk Pelajar Cemerlang Dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis 2024.
Program dianjurkanYayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk memastikan para pelajar terpilih bersedia,memberi motivasi dan tips untuk pelajar menjawab dan menduduki peperiksaan SPM 2024.
Baginda turut berharap semua peserta program tersebut dapat menggunakan sepenuh kesempatan bagi mendapatkan maklumat dan ilmu yang terkini dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut menyempurnakan pengurniaan sijil penghargaan kepada 35 penerima lelaki yang merupakan Fasilitator,Urusetia dan Guru-Guru Pengiring Bengkel Jati Diri 2024,manakala Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Lailatul Shahreen Akashah menyempurnakan pengurniaan sijil penghargaan kepada 18 penerima wanita.
Bersempena majlis itu,Tuanku Syed Faizuddin turut menyerahkan sumbangan RM5,000 daripada YTSP Perlis dengan kerjasama The Great British Circus kepada Tabung Mangsa Banjir Negeri Perlis melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Rusdi Ishak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur