2024-10-23 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,23 Oktober - Bilangan penduduk terjejas banjir di Perak masih tidak berubah iaitu 286 orang daripada 78 keluarga,pagi ini.
Mereka masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) setakat 6.00 pagi,sebanyak 216 penduduk terjejas daripada 59 keluarga dipindahkan di daerah Hilir Perak,Kerian (36 orang,11 keluarga) dan Perak Tengah (34 orang,lapan keluarga).
Di Selangor,jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam berbanding 61 orang daripada 19 keluarga,malam tadi.
Sementara itu,dua PPS di Betong dan Kuching di Sarawak dibuka bagi menempatkan 60 penduduk terjejas daripada 16 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur