2024-10-23 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,23 Oktober - Isu berkaitan waktu pendaftaran masuk dan keluar hotel bukan bidang kuasa Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC).
Sebaliknya,perkara tersebut tertakluk bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun,Menteri MOTAC Datuk Sri Tiong King Sing memaklumkan,satu perbincangan melibatkan KPKT,Kerajaan Negeri dan PBT akan diadakan bagi mengatasi isu tersebut.
"Susulan daripada itu bagi memastikan operasi hotel diperkukuhkan maka MOTAC akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan kerajaan negeri,KPKT dan PBT tentang kewajaran bagi memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel dalam akta ini," kata Tiong King Sing.
Dalam pada itu,beliau memaklumkan perbincangan bersama-sama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri juga akan diadakan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perhotelan.
Tiong King Sing menjawab soalan Ahli Parlimen,Bukit Gantang,Datuk Syed Abu Hussin Hafiz,di Dewan Rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur