2024-10-23 HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke
JOHOR BAHRU,23 Oktober - Cadangan pembinaan Jambatan Darat Chumpon-Ranong (CRLB) di Thailand tidak akan menjejaskan pelabuhan negara.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkeyakinan,pelabuhan negara memiliki kelebihan tersendiri dan mampu kekal sebagai pusat pelabuhan terunggul dalam sektor pengangkutan antarabangsa.
Pihak operator pelabuhan dituntut supaya terus berdaya saing dengan meningkatkan kecekapan dalam bidang teknologi terutamanya kecerdasan buatan (AI),automasi dan teknologi rantaian block atau ‘blockchain’.
"Kita tidak perlu bimbang kerana pertamanya kita mempunyai kelebihan daripada segi kedudukan geografi. Kita berada di tengah-tengah Selat Melaka dan Laut China Selatan.
"Kita di laluan perairan yang paling sibuk di dunia,yang pentingnya ialah operator kita mesti berdaya saing dan kita perlu merangka dasar perdagangan yang bebas dan terbuka," kata Loke.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan ASEAN Ports and Logistics 2024,di sini.
Sektor perindustrian negara yang kukuh turut memberikan keyakinan kepada syarikat perdagangan luar untuk berlabuh di perairan negara.
Prestasi baik ditampilkan tiga pelabuhan utama negara di Tanjung Pelepas Johor,Pelabuhan Klang,Selangor dan Pulau Pinang juga dilihat akan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur