2024-10-23 HaiPress

Sultan Nazrin Shah (empat,kiri) berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara,hari ini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Oktober-Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara hari ini.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Turut berangkat ke mesyuarat hari ini ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah,Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak,Sultan Nazrin Shah,Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Johor diwakili Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim; Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak,Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Mohd Ali Rustam dan Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin.
Pada mesyuarat itu,Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing,manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua Menteri.
Semalam,Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR ke-267 di Istana Negara.
Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 17 Julai lepas selama dua hari yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur