2024-10-23 HaiPress

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,23 Oktober – Malaysia bertekad untuk terus memantau dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan Laut China Selatan secara aman dan diplomatik.
Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin,menegaskan pendekatan melalui forum antarabangsa serta saluran diplomatik yang sesuai adalah kunci untuk mengekalkan kestabilan di rantau ini.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini,beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia akan memainkan peranan penting sebagai negara koordinator hubungan dialog ASEAN-China pada tahun hadapan.
Ini seiring dengan usaha negara untuk memastikan Kod Tata Laku (COC) Laut China Selatan akan menjadi dokumen yang efektif dalam menangani isu-isu pertikaian wilayah yang melibatkan negara seperti China,Malaysia,Indonesia,dan Filipina.
"Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC Yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan,hak kedaulatan dan kepentingan negara sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025",katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai,Tuan Suhaizan Kalat di sini.
COC,yang sedang dirangka,bertujuan untuk membentuk asas kerjasama dalam memastikan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan yang merupakan kawasan strategik yang menjadi tumpuan dunia kerana tuntutan bertindih beberapa negara melibatkan China dan beberapa Negara ASEAN termasuk Malaysia,Indonesia dan Filipina.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur