2024-10-23 HaiPress

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi,Chang Lih Kang/Foto RTM
KUALA LUMPUR,22 Oktober – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini sedang melaksanakan Kajian Teknikal Pelan Penggantian Reaktor TRIGA PUSPATI melalui agensi Nuklear Malaysia.
Menurut Menteri Sains,Chang Lih Kang,kajian berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN 2030),yang bertujuan untuk memperkukuh pembangunan teknologi nuklear di Malaysia.
Menerusi inisiatif ini,MOSTI yakin negara dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import pelbagai jenis radioisotop yang digunakan dalam sektor perubatan,industri,dan biosains.
"Mengurangkan kebergantungan import luar negara terhadap pelbagai jenis radioisotop bukan sahaja memberi impak positif kepada sektor perubatan,industri dan biosains,tetapi juga mampu menyumbang kepada peningkatan pengetahuan saintifik serta inovasi berteknologi tinggi.
"Ini seterusnya akan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara," kata Menteri Sains,ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Terengganu,Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim,di Parlimen hari ini.
Chang turut menambah bahawa kajian ini akan menilai kesan sosio-ekonomi Projek Reaktor Penyelidikan Pelbagai Guna,termasuk kos pembinaan,operasi,keselamatan,sekuriti,dan kawalan penggunaan teknologi nuklear di Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur