2024-10-23 HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Dr. Zulkifli Hasan / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Oktober-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam termasuk ahli-ahli GISBH.
Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Dr. Zulkifli Hasan,ia dilakukan melalui pembudayaan ilmu,pentarbiyahan dan program pengukuhan akidah yang komprehensif dan berkesan.
"Langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan tarekat ini ialah menerusi operasi secara bersepadu bersama agensi-agensi persekutuan dan agensi-agensi negeri termasuk PDRM dalam siri Ops Global dengan melibatkan perundangan yang berbeza. Di peringkat negeri penyelarasan operasi Ops Global turut melibatkan penguat kuasa agama negeri-negeri",katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Di samping tindakan bersepadu,pelan tindakan pemulihan juga dilaksanakan kepada ahli GISBH secara kolaboratif bersama JAKIM dan Kementerian serta agensi-agensi lain.
Dalam perkembangan sama,kerajaan kini sedang memantau secara dekat lapan ajaran sesat yang didapati wujud di seluruh negara selain Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata,kerajaan juga sedang melakukan risikan dan siasatan terhadap 12 ajaran sesat.
“Sebenarnya untuk memberikan jaminan,mungkin itu di luar bidang kuasa kita. Namun untuk memberikan usaha berterusan dan usaha mantap agar dapat memelihara akidah itu sedang kita jalankan.
“Itu yang saya maklumkan bahawa kita telah mengaktifkan semula Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS).
“Selain daripada itu,apa yang kita lakukan adalah kita juga melihat daripada aspek yang lain iaitu aspek pemulihan dan pencegahan,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Jelebu,Datuk Seri Jalaluddin Alias yang bertanya tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu ajaran sesat di Malaysia.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur