2024-10-23 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Oktober-Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada tokoh intelekIslam Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negarahari ini.
Syed Muhammad Naquib penerima kedua gelaran profesor diraja selepas Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Syed Muhammad Naquib merupakan pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan juga tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani sertadihormati di dalam dan luar negara.
Beliau merupakan individu yang memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang diterapkan dalam pelbagai cabang pengetahuan merangkumi pendidikan agama,sejarah,falsafah,teologi,metafizik,filologi,semantik,sastera dan seni.
Profesor dirajagelaran tertinggi dianugerahkan kepada ahli akademik oleh Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan bernilai kepada masyarakat serta kemajuan Malaysia.
Turut hadir menyaksikan majlis watikah pelantikan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur