2024-10-25 HaiPress

Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang / Foto RTM
KUALA LUMPUR,24 Oktober – Penganjuran Pertandingan Teater Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) peringkat kebangsaan dilihat berpotensi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang sarat dengan nilai-nilai murni,sama ada secara tersurat atau tersirat.
Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang berkata pertandingan itu menekankan elemen kebersamaan dalam kalangan rakyat melalui penggunaan bahasa kebangsaan,yang merupakan tiang seri dalam pembinaan negara bangsa.
"Ini adalah satu aktiviti di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Apabila kita menyatakan perpaduan dan keharmonian rakyat,aktiviti seperti ini menjadi tapak integrasi. Bahasa Malaysia yang dibawa ke pentas teater oleh anak-anak Cina amat membanggakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan di ibu negara.
Tambah Aaron,menerusi Dasar Perpaduan Negara,Bahasa Melayu perlu dipelihara dan dimartabatkan sebagai bahasa yang mencerminkan identiti nasional.
Beliau juga menegaskan bahawa bahasa kebangsaan berperanan menyimpulkan perpaduan negara yang berbilang kaum,sekali gus menjadi bahasa pengantar utama di Malaysia.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur