2024-10-25 HaiPress

Foto AFP
KUALA LUMPUR,25 Oktober- Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
Menurut Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli,peluang itu sekali gus menggalakkan keterangkuman dan kemampanan.
Beliau berkata Malaysia berhasrat untuk memperlihatkan kepimpinan serantau negara dalam semikonduktor,peralihan tenaga dan kewangan Islam.
“Sudah tentu,permohonan Malaysia kepada BRICS tertumpu untuk membina perkongsian ekonomi,memperkukuh hubungan perdagangan dan mengembangkan potensi pertumbuhan kami,” katanya menerusi kenyataan negara oleh Malaysia pada Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan,Rusia.
Ucapan Rafizi disiarkan secara langsung di platform X rasmi beliau,malam Khamis.
“Sama ada ia adalah ASEAN atau BRICS,terdapat persamaan dari segi prinsip kita. Apabila sebahagian negara di dunia menumpukan kepada aspek dalaman,kami kekal teguh dan akan terus melibatkan diri secara terbuka,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia sedang merangka kedudukan baharu untuk negara ini menjalankan peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.
“Antara yang berakar umbi dalam diplomasi ekonomi apabila pemusatan dan keberkecualian kami mengeratkan ASEAN dan BRICS,dan apabila kami menjadi pusat tumpuan utama bagi negara yang berhasrat menongkah trend global,” katanya.
Rafizi berkata Malaysia turut menggesa agar gencatan senjata dilakukan segera dan dikekalkan di samping membenarkan akses kemanusiaan tanpa had ke Gaza.
Selain itu,Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan yang mencederakan beberapa pasukan pengaman.
“Negara-negara Global South terus terpinggir serta masih kurang diwakili,dan kebangkitan dasar perlindungan yang menjejaskan negara-negara kecil untuk terus maju,” katanya.
Sehubungan itu,beliau berkata penghalang kepada pembiayaan pembangunan melewatkan pembinaan infrastruktur penting dan hutang global yang semakin meningkat telah menjadi halangan kepada pertumbuhan.
Menurutnya,bagi Malaysia,BRICS bukan sekadar memerangi kekangan tersebut,malah adalah penyelesaiannya.
“Apabila dunia menjadi multipolar,BRICS telah menjadi pengimbang balas yang kritikal. Sekiranya negara anggota boleh memanfaatkan hubungan ekonomi yang lancar,potensinya adalah eksponen,” katanya.
Rafizi berkata,dengan menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih besar,negara-negara membangun akan memiliki lebih banyak peluang dalam pelaburan infrastruktur,pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti.
Sementara itu,Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara yang disenaraikan secara rasmi dalam BRICS sebagai negara rakan,sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu perlima daripada perdagangan global.
Selain Malaysia,12 negara lain adalah Algeria,Belarus,Bolivia,Cuba,Indonesia,Kazakhstan,Nigeria,Thailand,Turki,Uganda,Uzbekistan dan Vietnam.
Blok itu mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan secara kumulatif menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$26.6 trilion (RM115.4 trilion) atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia,hampir menyamai kekuatan ekonomi kumpulan G7.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur