2024-10-25 HaiPress

Video tular berdurasi satu minit di aplikasi laman sosial Facebook (Yeop Chor)
TELUK INTAN,25 Oktober- Perarakan kereta berhias berunsur keagamaan di Dataran Menara Condong,Teluk Intan,Perak yang tular di media sosial diadakan tanpa permit.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan pada 12.39 malam tadi,yang mendakwa satu video tular berdurasi satu minit di aplikasi laman sosial Facebook (Yeop Chor) yang telah memuat naik hantaran video tersebut.
"Rakaman video tersebut telah merekodkan beberapa anggota perarakan mengibarkan bendera disyaki bendera negara China semasa perarakan berlansung",katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata pihak penganjur telah dipanggil untuk rakaman keterangan.
"Mereka akan diminta untuk mengemukakan semua peserta warga asing yang disyaki berasal dari negara China untuk tampil membantu siasatan.
Kes itu diklasifikasikan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan haram yang boleh menimbulkan gangguan dan menggugat ketenteraman awam.
"Mana-mana individu yang didapati bersalah jika disabitkan,boleh didenda tidak melebihi RM10,000 di bawah peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan perlu menghantar permohonan kepada pihak polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sementara itu,penganjur Persatuan Kebudayaan Guan Gong memohon maaf berhubung insiden tersebut.
Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong,Soon Boon Hua menerusi kenyataan berkata insiden mengibar bendera China dilakukan oleh rombongan rakyat dari negara itu dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan,semalam.
Beliau berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur