2024-10-25 HaiPress

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT),Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah)
IPOH,25 Oktober- Program advokasi keselamatan jalan raya akan terus diperluas ke sekolah dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara.
Usaha itu menyasarkan pengurangan kadar kemalangan membabitkan pelajar.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT),Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata peranan ibu bapa juga diperlukan bagi memantau pergerakan anak-anak.
"Jadi,saya harap dapat kerjasama yang lebih erat dan berkesan daripada penjaga dan ibu bapa.
Untuk mereka memantau serta mengetahui aktiviti dan pergerakan anak-anak jika mereka menggunakan motosikal," kata Mohd Yusri kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program Eksklusif @Perakfm di RTM Perak.
Mengulas mengenai persediaan JSPT menjelang Deepavali,beliau berkata operasi saban tahun sempena perayaan akan dilancarkan bagi memgurangkan kesesakan trafik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur