2024-10-25 HaiPress

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa
KUALA LUMPUR,25 Oktober- Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 mencatatkan 17 peratus peningkatan penyertaan tahun ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata sebanyak 1860 penyertaan tahun ini berbanding 1585 pada tahun 2022.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran ASA2024 berkata terdapat sedikit kelainan dengan penggunaan teknologi pada tahun ini.
"Untuk tahun ini kita akan menggunakan teknologi terkini,kita akan mulakan augmented reality (AR) dan juga kita menggunakan kecergasan buatan (AI). Jadi nantikan sendiri untuk malam esok. Sebenarnya teknologi terkini ini memang state of the art production untuk kali ini",katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
ASA2024 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),pukul 9.00 malam esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 serta Youtube dan Facebook rasmi Kementerian Komunikasi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur