2024-10-25 HaiPress

Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki/ BERNAMA
PUTRAJAYA,25 Oktober- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan perlombongan berkaitan unsur nadir bumi (REE).
Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki berkata,penambahbaikan itu bagi mengelakkan jenayah rasuah dan perbuatan mencuri hasil negara.
"Daripada pengalaman siasatan kita,pengeluaran REE ini tiada SOP yang sebenarnya,sebab bila nak mengeluarkan lesen,dahulu telah ditetapkan pada mineral-mineral tertentu,tetapi REE tiada. Selepas itu,terbantut sama ada kerajaan negeri hendak membenarkan... terpulang. Tapi mungkin banyak kerajaan negeri tidak lengkap lagi SOP berhubung pengeluaran mineral.
"Saya ambil contoh pengeluaran bauksit dahulu,bauksit itu sendiri tiada SOP. Kemudian baharu diwujudkan SOP khas terutamanya bila hendak mengeluarkan lesen perlombongan berkenaan,semua ini perlu diperjelaskan dalam SOP",katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi Peringkat Negeri di Putrajaya.
Terdahulu dalam ucapannya,beliau berkata,selagi wujud peluang kerana kelemahan sistem dan prosedur,penjenayah rasuah baharu akan lahir silih berganti.
Memberi contoh kes yang berlaku pada tahun lalu berkaitan penyelewengan hasil REE,menurutnya ia antara lain berpunca daripada kelemahan pemantauan dan ketiadaan SOP berkaitan penguatkuasaan berhubung REE.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur