Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19: 5,115 graduan dirai

2024-10-25 HaiPress

FOTO FAIL

KUANTAN,25 Oktober - Seramai 5,115 graduan Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) bakal diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali ke-19 UMPSA,yang berlangsung pada 26,27 dan 29 Oktober ini di Dewan Kompleks Sukan Universiti,UMPSA Gambang,di sini.

Pro Canselor UMPSA Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan AbdullahRi’ ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan istiadat pemasyhuran konvokesyen berkenaan.

Menurut Naib Canselor UMPSA Profesor Datuk Ts Dr Yusserie Zainuddin,seramai 83 orang merupakan graduan doktor falsafah,sarjana (180),2,538 graduan sarjana muda,Ijazah Dual (64) dan diploma (533) serta seramai 1,717 merupakan graduan program pembelajaran sepanjang hayat UMP Advanced.

"Sejak majlis konvokesyen yang pertama pada tahun 2006,UMPSA telah melahirkan seramai 48,378 graduan terdiri daripada 47,299 tempatan dan 1,079 antarabangsa dalam pelbagai lapangan pengajian sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pasca siswazah. Berdasarkan sistem kajian pengesanan graduan,kebolehpasaran graduan UMPSA berjaya mencapai 97.0 peratus mendapat pekerjaan," kata Dr Yusserie.

Beliau berkata demikian dalam sidang media memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen ke-19 UMPSA,di sini.

Tambah beliau,dalam majlis berkenaan baginda turut berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada bekas Naib Canselor UMPSA 2008 hingga 2019 iaitu Datuk Sri Ts Dr Daing Nasir Ibrahim yakin kini dilantik menjadi Rektor di Oxus,University Uzbekistan.

Dalam pada itu,penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang),Nur Hatini Mohd Hatta yang merupakan anak kepada polis bantuan menzahirkan rasa bersyukur atas penanugerahan berkenaan.

"Banyak terlibat dalam aktiviti sukarelawan,banyak terlibat dengan komuniti,Jadi kehidupan belajar itu lebih manis lebih bermakna sebab dekat universiti ini kita bukan sahaja fokus dengan akademik tetapi kita juga fokus kepada pembinaan sahsiah diri dan juga pemerkasaan diri sendirilah," kata Nur Hatini.

"Sebenarnya saya pun tidak jangka saya dapat anugerah ini,dulu saya terlibat aktiviti kokurikulum itu saya nak fokus kepada akademik. Saya sangat suka proses belajar serta aktiviti dengan kawan,jadi keputusan itu sangar mengembirakannlah," kata penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Choong Wai Kit.

Sementara itu,seorang graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Aiman Firdaus Aziz berkata,dia berjaya membuktikan lepasan Kolej Vakasional boleh mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

"Dahulu kita fikir kalau belajar kolej vokasional hanya sekadar diploma. Ketika itu saya bergelar seorang operator,selepas habis daripada kolej vokasional seterusnya apabila saya di UMPSA,membuka peluang kepada pelajar seperti kami dan saya mendapat dorongan daripada ibu bapa dan guru-guru kami," kata penerima Anugerah Kecermelangan UMW Holdings Bhd.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur