2024-10-25 HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 Oktober- Cadangan Transformasi Ladang Ayam Terbuka kepada Ladang Ayam Tertutup,diyakini antara usaha proaktif ke arah meningkatkan kecekapan pengeluaran,mengurangkan kesan alam sekitar,sekali gus dapat meningkatkan pertumbuhan dan kemampanan industri ternakan ayam.
Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Exco-exco Pertanian Negeri Tahun 2024 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang dipengerusikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada 22 Oktober.
KPKM menerusi satu kenyataan menyebut,mesyuarat tersebut merupakan platform bagi usaha kolaboratif Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor pertanian negara bertujuan mempertingkat produktiviti,memperhebat sistem sokongan dan perkhidmatan,mengurus sumber secara mampan,serta menggalakkan pelaburan dan penglibatan sektor swasta.
"Cadangan transformasi ini adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0),Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 serta Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDGs) dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan kemampanan industri ternakan ayam," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu mesyuarat berkenaan turut mengambil maklum akan Indeks Penarafan Bintang (STARRating) pesawah menerusi pelaksanaan secara berperingkat ke seluruh negara.
"Program STAR-Rating ini diwujudkan untuk membantu dalam perancangan dan pemantauan prestasi pesawah dan aktiviti penanaman padi di sesebuah kawasan sebagai salah satu usaha transformasi industri padi dan beras negara.
"Melalui program ini,para pesawah akan didaftarkan dan dikelaskan mengikut status,kapasiti,produktiviti dan daya maju," tambah kenyataan itu.
Seterusnya,mesyuarat mengambil maklum berkenaan Status Pelaksanaan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024: Mengoptimumkan Penggunaan Tanah Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri.
"Kerajaan melalui Bajet 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi Pelaksanaan Program Pembangunan bersama kerajaan negeri.
"Ini melibatkan program,usaha pembaikan dan naiktaraf serta pelaksanaan aktiviti pertaniandi atas tanah yang melibatkan bidang kuasa bersama antara kerajaan negeri dan KPKM," menurut kenyataan itu.
Sehingga September 2024,KPKM telah meluluskan sebanyak 83 projek di negeri-negeri berkaitan aktiviti pertanian,ternakan,perikanan,agro-pelancongan,pembangunan kapasiti petani,peladang,nelayan dan penternak.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup; Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd; Exco-exco Pertanian dari 13 Negeri; wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri; wakil Kementerian Kewangan dan wakil Kementerian Ekonomi serta Pegawai-Pegawai Kanan KPKM dan Jabatan atau Agensi bawah KPKM.
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
ASB catat 11.1 juta pelabur, 173.8 bilion unit dilanggan
Projek Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah ikut prosedur MOF - Nanta
Dua cedera, enam kenderaan musnah terbakar di Labuan
Op Khas Motorsikal JPJ : 37,708 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur