2024-10-25 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,24 Oktober- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan kejatuhan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan ketidaktentuan global akibat ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah,kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil kira gangguan bekalan berkaitan cuaca yang semakin berkurangan dan harga getah sintetik yang lebih rendah berbanding yen yang melemah.
Bagaimanapun,penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan sedikit peningkatan dalam penghasilan kenderaan elektrik China,katanya.
“Harga minyak naik lebih satu peratus pada Khamis,hampir mengatasi kejatuhan pada sesi sebelumnya apabila ketegangan di Timur Tengah kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) walaupun inventori bahan api AS masih banyak,” katanya kepada Bernama.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) kekal tidak berubah pada 861.50 sen sekilogram,manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 750.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang,GMM 20 berada pada 862 sen sekilogram,manakala susu getah pukal pada 751 sen sekilogram. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur