2024-10-25 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,24 Oktober- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini,disokong oleh data inflasi yang stabil.
Pada 6 petang,mata wang tempatan berada pada 4.3455/3510 berbanding dolar AS daripada 4.3490/3535 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) pada September 2024 sebanyak 1.8 peratus menunjukkan inflasi kekal stabil buat masa ini,turut menunjukkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar monetari semasanya dalam masa terdekat.
“Sementara itu,dolar AS kekal mendapat permintaan tinggi berikutan kebimbangan mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang akan datang terus mempengaruhi sentimen pasaran,menyebabkan peniaga mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap risiko," katanya.
Pada sesi penutup,ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6331/6402 daripada 5.6433/6491 semalam,bagaimanapun,merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8589/8627 daripada 2.8484/8516 pada Rabu dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6918/6978 daripada 4.6887/6935 sebelum ini.
Pada masa yang sama,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.50/7.52 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2928/2972 daripada 3.2932/2969 semalam.
Bagaimanapun,mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.8/279.3 daripada 278.2/278.7 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9031/9259 daripada 12.8959/9149 sebelum ini. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur