2024-10-25 HaiPress

Foto Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Oktober- Median upah bulanan sektor formal meningkat 5.6 peratus pada Jun 2024,kepada RM2,745 berbanding bulan sama tahun lepas.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata peningkatan itu menandakan momentum positif dalam pasaran buruh Malaysia pada suku kedua 2024.
Keadaan itu turut mencerminkan prestasi ekonomi negara yang kukuh.
"Bilangan pekerja formal lelaki warganegara yang mencecah 3.72 juta,merekodkan median upah bulanan sebanyak RM2,782.
Selain itu,pekerja formal perempuan seramai 3.01 juta orang,mencatat median upah bulanan RM2,700," kata kenyataan itu.
Semua sektor ekonomi menunjukkan pertumbuhan positif dalam median upah bulanan.
Sektor Perlombongan dan pengkuarian terus mencatat median upah tertinggi berjumlah RM5,900.
Sebaliknya,Pertanian yang merangkumi 1.9 peratus daripada jumlah pekerja formal,mencatat median upah bulanan terendah iaitu RM2,000.
Taburan upah pula menunjukkan 32.2 peratus daripada jumlah pekerja formal menerima upah bulanan di bawah RM2,000.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur