2024-10-26 HaiPress

Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA,25 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum kebimbangan serta pandangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum dan sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini dan sebarang keputusan akan pada sesi penggulungan oleh Kementerian Kewangan nanti.
"...ada dibincangkan beberapa aspek termasuk pandangan daripada Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) dan pandangan daripada beberapa syarikat yang mengusahakan ladang-ladang mengenai beberapa keputusan ataupun pengumuman sewaktu belanjawan ada 18 Oktober lalu.
"Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai pandangan ini dan sudah pasti beliau akan mengambil kira,dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan nanti oleh pihak Kementerian Kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mingguan Kementerian Komunikasi yang diadakan di sini.
Pada 22 Oktober lepas SME Malaysia menyuarakan kebimbangan berkenaan dengan alasan cadangan kenaikan gaji minimum dan sumbangan KWSP itu mungkin memberikan tekanan kewangan yang tidak mampu ditanggung oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),terutamanya pada saat perniagaan kecil masih dalam proses pemulihan selepas pandemik.
Presiden Kebangsaan SME Malaysia Chin Chee Seong berkata,usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan pekerja dihargai namun pelaksanaan dasar itu tanpa sokongan tambahan dilihat akan memberi kesan terhadap sektor PKS.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur