2024-10-26 HaiPress

Foto UiTM
SHAH ALAM,25 Oktober- Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih kedudukan lima terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).
Fakulti Perakaunan UiTM dalam satu kenyataan berkata Danish Zafran Bazam memperoleh tempat kedua di dunia bagi kertas Advanced Financial Management (AFM),manakala Amin Zulharis meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Kejayaan Danish mengulangi kejayaan yang dilakarnya sebelum ini apabila dia diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023.
Di tanya rahsia kejayaannya,Danish berkata ia pada keyakinan diri yang tinggi,usaha konsisten,dan kesediaan untuk bertanya kepada pensyarah.
"Perjalanan ini bukanlah tanpa cabaran,tetapi saya sentiasa ingat bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah,” kata Danish.
Sementara itu,Amin,yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM melalui program Foundation in Accountancy (FIA),mengakui bahawa cabaran terbesar adalah melawan rasa malas.
“Kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA memberi saya motivasi tambahan untuk terus berusaha,” jelasnya.
Kejayaan luar biasa yang dicapai oleh kedua-dua pelajar membuktikan bahawa melalui dedikasi dan usaha yang konsisten,impian untuk mencapai kecemerlangan akademik dapat direalisasikan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur