2024-10-26 HaiPress

Foto tangkap layar FB Mohammad Deraman
HULU TERENGGANU,26 Oktober- Kesan Taufan Trami turut dirasai di daerah Hulu Terengganu,selain di daerah Kemaman.
Pengurus Wilayah Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2),Mohamad Pazli Kasim,memaklumkan bahawa antara kawasan yang terjejas adalah Plaza Tol Telemong.
Beliau menyatakan bahawa taufan yang berlaku sekitar pukul 8.20 malam tadi telah menyebabkan siling di bahagian bumbung runtuh.
Bagaimanapun,insiden tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
“Dua lorong keluar di plaza tol telah dibuka dan beroperasi seperti biasa sejak pukul 9.20 malam tadi,manakala dua lorong lagi masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan pembaikan segera,” katanya ketika mengesahkan perkara itu kepada RTM.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai operasi plaza tol boleh menghubungi talian 1800-88-0220.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur