2024-10-26 HaiPress

Beberapa letupan kedengaran di Tehran awal pagi tadi pada waktu subuh/Foto AFP
PUTRAJAYA,26 Oktober - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh rejim Zionis Israel ke atas Republik Islam Iran di bandar Tehran,Karaj,Kashan,Mashhad dan Shiraz pada awal pagi tadi.
Wisma Putra dalam kenyataannya menyifatkan serangan tersebut merupakan pelanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kestabilan serantau.
"Skala serangan,jumlah yang terkorban,dan tahap kerosakan masih ditentukan.
"Malaysia menggesa agar tindakan permusuhan dihentikan serta-merta dan kitaran keganasan ditamatkan.
"Tindakan berterusan Israel tanpa sebarang hukuman,telah dan akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan masa depan Asia Barat,membawa rantau tersebut ke ambang konflik yang lebih meluas," tegasnya.
Kenyataan itu menyatakan rakyat dan pelajar Malaysia di Iran dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini,mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh serangan ini. Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan ini," katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran melalui +9821 88072444 atau +9821 88078606 di alamat No. 25,2nd Alley,North Zarafshan St.,Shahrak-e-Gharb,Tehran,Republik Islam Iran.
Sebagai alternatif,pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Terdahulu,Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan berlaku kira-kira 2.00 pagi waktu tempatan,telah menyasarkan kedudukan ketenteraan bahagian tengah dan selatan Syria.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur