2024-10-26 HaiPress

Anwar menyambut ketibaan Perdana Menteri Ethiopia di Bangunan Perdana Putra / Foto RTM
PUTRAJAYA,26 Oktober- Perdana Menteri Ethiopia,Dr Abiy Ahmed Ali,yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra,Putrajaya.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaanAbiy pada pukul 9.30 pagi,sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Turut hadir pada majlis sambutan tersebut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,diplomat asing serta pegawai kanan kerajaan.
Malaysia dan Ethiopia kemudian mengadakan pertemuan empat mata di Seri Perdana bagi membincangkan hubungan dua hala dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
BERITA BERKAITAN:
PM Ethiopia kunjungi ESG
PM Ethiopia adakan lawatan ke kilang PROTON hari ini
PM Ethiopia tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur