2024-10-26 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan ketika para pelabur bersiap sedia menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur sedang memantau rapat perkembangan pilihan raya presiden AS dengan rasa gelisah,terutamanya sekiranya kemenangan berpihak kepada Parti Republikan kerana kecenderungan parti itu kepada perlindungan perdagangan boleh menjejaskan kestabilan perdagangan global.
“Kebimbangan hutang AS yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi menjadikan emas pilihan utama dalam tempoh tidak menentu ini,dan permintaan kukuh itu dijangka berterusan hingga ke minggu depan,” katanya kepada Bernama.
Oleh itu,Innes menjangka emas mencecah US$2,800.00 setiap auns troy menjelang pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 5 November.
Bagi asas Jumat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Oktober 2024 ditutup tinggi minggu ini kepada US$2,720.90 setiap auns troy daripada US$2,718.00 pada minggu sebelumnya dan November 2024 naik kepada US$2,737.20 setiap auns troy berbanding US$2,733.00.
Kontrak Disember 2024,Januari 2025 dan Februari 2025 ditutup tinggi pada US$2,745.30 setiap auns troy daripada US$2,741.10 pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan menokok kepada 173 lot daripada 59 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 21 kontrak berbanding 40 kontrak sebelumnya.
Menurut harga penetapan London Bullion Market Association pada 24 Okt,haga emas fizikal berada pada US$2,732.00 setiap auns troy.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur