2024-10-27 HaiPress

Perdana Menteri Ethiopia,Dr. Abiy Ahmed Ali dan isteri,Zinash Tayachew Bere menaiki pesawat Ethiopian Airlines
SEPANG,26 Oktober- Perdana Menteri Ethiopia,Zinash Tayachew Bere berangkat pulang selepas menamatkan lawatan dua hari di Malaysia.
Pesawat Ethiopian Airlines membawa mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.15 petang,hari ini.
Dalam lawatan sulungnya ke Malaysia selepas memegang jawatan,Abiy menghadiri mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan hubungan dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Hasil pertemuan itu kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang utama termasuk pertanian,perindustrian,perlombongan,perdagangan dan pelaburan.
Selain itu beliau juga mahu belajar dari Malaysia cara memodenkan bandar dan membina infrastruktur.
Semalam,Abiy berpeluang melawat kemudahan pembuatan pengeluar kereta nasional Proton di Tanjung Malim,Perak.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih atas layanan Malaysia yang menyambut dan menyediakan kemudahan sepanjang kunjungan beliau ke negara ini.
Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.
Perdagangan kedua-dua negara mencecah RM446.8 juta dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta.
Ia menunjukkan peningkatan kira-kira 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Eksport Malaysia ke Ethiopia termasuk produk elektrik dan elektronik; minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit; bahan kimia dan produk berasaskan kimia; serta tekstil,pakaian,dan kasut.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur