2024-10-27 HaiPress

Menteri Sains,Teknologi dan Teknologi,Chang Lih Kang semasa memberi ucapan perasmian Program AI 4 Belia/ Foto UPSI
TANJUNG MALIM,26 Oktober- Penganjuran program 'AI 4 Belia' dilihat sebagai platform kepada belia untuk membudayakan Sains,Teknologi dan Inovasi (STI) terutamanya penggunaan kecerdasan buatan (AI) terutama mendepani cabaran masa depan.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan dan melahirkan belia celik teknologi terutamanya dalam AI berikutan penggunaannya menjadi pemudah cara menjalani kehidupan,melaksanakan kerja seharian dan berinteraksi antara satu sama lain.
"Melalui program yang diadakan pada hari ini dengan kerjasama Syarikat Pixlr akan berupaya meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan AI,menggalakkan penggunaan AI dan memperkasakan kemahiran belia dalam AI.
"Belia merupakan pelapis dalam membangunkan Malaysia pada masa akan datang,yang juga perintis kepada pekerjaan masa hadapan dalam bidang seperti Kejuruteraan Kecerdasan Buatan,Robotik,Anggota Keselamatan Maya (Cyber Security Agent),Teknologi Blockchain dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Artificial Intelligence (AI) 4 Belia yang diadakan di Dewan Sri Tanjung,Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (tengah,depan),Naib Canselor UPSI,Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff (baju biru) bersama-sama barisan pengurusan Syarikat Pixlr,pengurusan UPSI serta belia/ Foto UPSISultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur