2024-10-27 HaiPress

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR,26 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat,Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan pantai timur Semenanjung dan barat Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Ribut tropika itu berlaku kira-kira 325km ke timur laut Da Nang,Vietnam.
Berdasarkan pencerapan pada pukul 5.00 petang,MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum 111 km/j.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur