2024-10-27 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,26 Oktober- Usaha bersepadu pemain industri perhotelan perlu giat diperkasa sebagai persiapan menarik lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 akan datang.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi usaha itu sekali gus akan mendokong inisiatif Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan imej negara.
"Dalam usaha kita untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara. Pelancongan adalah pendapatan kedua terbesar negara merangkumi inap desa hingga hotel bertaraf enam bintang. Kita harus ada usaha yang bersepadu untuk kita mempromosi nama Malaysia.
Saya minta daripada segi hospitaliti industri ini,kita mahu rakyat Malaysia yang terkenal dengan kemesraan turut mempromosikan produk pelancongan negara sepertimana tanggungjawab yang digalas MOTAC," kata Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita,hari ini.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Kabinet berkata demikian selepas hadir ke Majlis Pra-Pelancaran Hotel Teedo di ibu negara,pada Jumaat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur