2024-10-27 HaiPress

Foto: JBPM
TAWAU,27 Oktober- Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati,Batu 5 di sini tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemukan pada 4.50 pagi.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.55 tengah malam.
"Seramai 27 pegawai serta anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang teletak pada jarak 10 kilometer dari pusat bandar dan tiba di lokasi pada 1.10 pagi.
"Kebakaran membabitkan 38 rumah di kawasan 1.57 ekar dan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera bomba dan air terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada 5.59 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur