2024-10-27 HaiPress

Majlis Perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (ICAF) @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama Pantai di sini malam tadi/ Foto: FB Ab Rauf Yusoh
MELAKA,27 Oktober- Melaka menerima kehadiran kira-kira 11.25 juta pengunjung,setakat September lalu,kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata jumlah tersebut meningkat 86.56 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu menerusi penganjuran pelbagai acara ikonik yang mempromosi sektor pelancongan negeri itu.
"Ini adalah strategi serampang dua mata bagi mempromosi sektor pelancongan negeri seiring dengan usaha merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (ICAF) @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama Pantai di sini malam tadi.
Majlis yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Ab Rauf berkata,ICAF 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu merupakan gabungan tiga festival utama iaitu Festival Sungai Melaka,Festival Seni Selat Melaka dan International Folklore Arts Festival.
Katanya,keistimewaan ditampilkan tahun ini adalah persembahan yang menggabungkan beberapa negara dan negeri dalam Malaysia di atas satu pentas.
Tambahnya,persembahan itu mempamerkan seni dan budaya Malaysia dari Melaka,Sabah,Sarawak dan Selangor bersama enam buah negara di bawah International Council Of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) seperti Filipina,Indonesia,Uzbekistan,Thailand dan Korea Selatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur