2024-10-27 HaiPress

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari / Foto RTM
KLANG,27 Oktober - Selangor mencatat kutipan hasil sebanyak RM2.218 bilion setakat ini,melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu RM2.2 bilion.
Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari berkata prestasi cemerlang itu merupakan hasil daripada perkembangan positif ekonomi serta kemasukan pelaburan yang agresif.
Setakat Jun lalu,Selangor berjaya menarik pelaburan bernilai RM35 bilion,dan kerajaan negeri optimis mencapai sasaran RM50 bilion menjelang akhir tahun ini.
"Selangor konsisten mencatat jumlah pelaburan yang signifikan,menduduki tangga kedua selepas Kuala Lumpur dan diikuti negeri lain seperti Kedah. Pencapaian ini membuktikan ekosistem pelaburan di negeri ini adalah yang terbaik di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Klang,pada Sabtu yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum.
Dalam majlis tersebut,Amirudin turut menyerahkan bantuan yuran pengajian ke institusi pengajian tinggi,bantuan penyelenggaraan sekolah Tamil,serta bantuan peralatan kepada 15 usahawan India Selangor dengan peruntukan melebihi RM100,000.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur