2024-10-27 HaiPress

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor / Foto RTM
KULAI,27 Oktober – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan pembelian rumah terutama yang melibatkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pihaknya mengesan beberapa iklan di media sosial yang menawarkan khidmat permohonan RMMJ yang tidak sah.
“Kadang-kadang di TikTok,ada iklan rumah mampu milik yang sebenarnya tidak berada di bawah skim RMMJ. Saya nasihatkan mereka yang ingin memohon agar berhati-hati. Kerajaan negeri masih mempunyai 17,000 unit RMMJ yang akan dibina secara berfasa di seluruh Johor,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Kunci RMMJ di Bandar Putra,di sini.
Mohd Jafni turut menegaskan bahawa semua urusan dalam talian berkaitan RMMJ hanya boleh dilakukan menerusi laman web rasmi e-Rumah Johor.
Tambah beliau,pemohon yang berjaya hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM30,000 selepas menerima Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR).
Tahun lalu,empat aduan rasmi diterima mengenai sindiket yang mengenakan caj sehingga RM10,000 kepada pemohon,dengan 20 laporan polis telah dibuat melibatkan kerugian RM155,000.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur