2024-10-27 HaiPress

Dr. Mazlan Che Soh / Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Oktober - Peruntukan besar sebanyak RM19.5 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Belanjawan 2025 dianggap wajar dan perlu.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dr. Mazlan Che Soh berpandangan peruntukan itu bukan sahaja penting untuk meningkatkan keselamatan negara,tetapi juga perlu diperuntukkan kepada pembangunan aset dan infrastruktur yang kritikal.
“Yang pertamanya,kita perlu memperbaiki aset-aset sedia ada seperti balai polis yang daif. Ini akan membantu meningkatkan moral anggota keselamatan yang merupakan barisan hadapan negara,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri,Kota Media,di sini.
Selain itu,Dr. Mazlan turut menekankan kepentingan meningkatkan keupayaan agensi baru seperti Malaysian Border Agency (MBA) yang menguruskan keselamatan sempadan negara.
Tambah Dr. Mazlan,peningkatan peruntukan kepada KDN ini turut menunjukkan peranan penting kementerian tersebut sebagai pemangkin kerangka Ekonomi Madani dalam memperkukuh perpaduan dan keselamatan negara.
Dalam Belanjawan 2025,KDN menerima RM19.5 bilion,dengan RM15.5 bilion diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM4 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Ini merupakan peningkatan dua peratus berbanding RM19.06 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur