2024-10-27 HaiPress

Foto Hiasan
GEORGE TOWN,27 Oktober- Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin,Gelugor di sini semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut,Supt Lee Swee Sake berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini.
"Berdasarkan keterangan keluarga kanak-kanak itu,mangsa dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di ICU untuk pemerhatian selama 48 jam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi yang melihat kejadian itu serta kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi semalam,kanak-kanak lelaki itu dilaporkan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya.
Siasatan polis mendapati mangsa ditemukan oleh neneknya berusia 63 tahun yang juga penjaganya di tingkat tujuh dan difahamkan mangsa yang merupakan anak tunggal itu terjatuh dari tingkap bilik tidur utama ketika neneknya berada dalam tandas. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur